Thursday, 14 November 2013

Perancangan Allah

Assalammualaikum ,

Kadang2 kita selalu menyalahkan takdir dengan apa yang dah terjadi dalam hidup kita. Sampai ada yang mempertikaikan dengan apa yang terjadi dalam hidup dia sekarang . Tapi sebenarnya kita tak sedar , takdir tu sebenarnya sesuatu perkara yang Allah dah tetapkan yang paling terbaik untuk hidup kita . Kita tak nampak sekarang maybe kemudian hari kita akan nampak semua tu . Macam aku , macam2 dah berlaku dalam hidup aku sampai ada yang buat aku down terus , sampai buat aku rasa yang hidup aku ni tak bermakna langsung . Tapi Alhamdulillah aku mampu sedar semula dengan semua tu . Aku tak pernah menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku pada aku saat ini . Aku rasa kalau benda2 ni tak berlaku maybe aku tak mampu nak jadi perempuan yang lebih kuat or perempuan yang lebih matang dari sebelum ini . Kadang2 aku terfikir , mungkin ada hikmah Allah dengan semua yang terjadi sekarang ni . Allah nak tunjuk dekat aku bahawa Dia sentiasa ada untuk hamba2Nya . Aku sedar selama ini aku terleka dengan benda2 yang me'laqho'kan aku . Aku sedar yang aku dah semakin jauh dariNya . Allah nak tunjukkan betapa besar kekuasaanNya . Aku tahu Allah sayangkan aku dan sebab tu Allah tak nak selamanya aku terleka . Apa yang Allah rancang adalah yang terbaik untuk hamba2Nya . Allah adalah sebaik2 perancang . 


وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

Wassalam .

No comments:

Post a Comment