Thursday, 14 November 2013

Cuti-cuti Malaysia

Assalammualaikum , 

Baru-baru ni iaitu pada 9-11 November bersamaan dengan minggu exam (* tapi masa aku pergi tu aku takde paper lah) yang lepas aku telah cuti-cuti Malaysia ke Pulau Langkawi , Kedah Darul Aman . Aku telah pergi bersama dengan mak kesayangan aku , kakak kandung aku , abang ipaq aku and anak buah aku . Sumpah best sangat2 . 

Day 1 ( 9 November , Sabtu )

Aku gerak dari rumah aku pada 10 pagi macam tu lah pada 9 haribulan tu ke Kuala Perlis and then sampai dalam pukul 4 petang lebih kurang . Sampai2 lepas abang ipaq aku park kereta dekat Kuala Perlis , kami pun terus menaiki feri pada jam 4.30 petang itu . Keadaan dekat jeti Kuala Perlis tu memang tak payah nak cakap , aku tak mampu nak berkata2 lepas tengok lautan manusia yang sumpah ramai ya amat .Memang time tu aku memang dah dekat dengan laut pun . haha . Yang aku tak fahamnya , belum musim cuti sekolah pun lagi yang orang berasak-asak nak pergi sekarang watpe , pergilah time cuti sekolah .. best sikit . *Chewahhh ayat nak aku sorang je boleh cuti-cuti Malaysia sangat . wakaka . Setelah bersusah payah aku merempuh onak duri untuk masuk ke dalam feri tu akhirnya aku berjaya jugak mendapat tempat aku iaitu di tingkat atas feri . Syookkk kOt , boleh tengok laut . Sifat keanak-anakkan aku mengalah sikap anak buah aku , Danish . haha . 


Inilah berupa keadaan kami di dalam feri dengan berasak2 dengan beg kiri kanan depan belakang bawah atas . Okey pembohongan belaka . haha .

Pastu kami telah selamat sampai ke Jeti Pulau Langkawi dengan selamatnya . Sekali lagi aku merempuh onak berduri untuk keluar dari feri itu dengan secepat mungkin . Alhamdulillah aku berjaya melakukannya . 


Ini adalah bukti bahawasanya aku telah menjejakkan kaki di bumi langkawi ini . haha 

Aku sampai Langkawi dalam 5 lebih macam tu sebab feri dari Kuala Perlis mengambil masa sejam macam tu jugak lah . Lepas dah sampai tu , abang ipaq aku terus call orang kereta sewa dekat sana dan beliau pun berjaya mendapatkan kereta permintaannya * apa jenis kereta biarlah rahsia . wakaka . Lepas dah dapat kereta tu kami pun teruslah ke Chenang kerana hotel kami berada disana . Sampai hotel rasanya dah maghrib . Lepas dah mandi , solat semua kami pun bergegas keluar untuk pergi mentekadarah di Restoren Haji Jailani . * Tak tahu betul ke idok nama restoren tu . Sampai-sampai terus order . Makanan dah sampai kami pun melahap makanan itu dengan rakusnya macam orang yang dah setahun tak makan . haha . tapi hakikatnya memang betul kot yang kami tak makan dari tengah hari lagi . 


Inilah makanan yang sumpah sedap giler yang aku rasa nak makan lagi . Tomyam paling sedap pernah aku makan . 

Lepas dah settle makan , kami pun teruslah pulang ke hotel untuk beristirehat dan menambah tenaga untuk aktiviti keesokkan harinya . 

Day 2 ( 10 November , Ahad )

Bangun pagi-pagi , siap-siap then terus keluar hotel untuk memulakan aktiviti selanjutnya . Sebelum pergi tu kami pun bersarapan dahulu di sebuah kedai yang aku tak ingat nama dia . What ever lah , asalkan perut aku kenyang . haha . Lepas dah mencekik tu , kami pun terus menuju ke Cable Car dekat Langkawi yang super pemes tu tapi yang kesiannya , aku hanya mampu melihat dari bawah sahaja kerana kami mempunyai keberaniaan yang cukup sikit . Lepas melepaskan hajat melihat cable car tersebut kami pun terus ke Telaga Tujuh Langkawi . Sebelum aku sampai tempat tu , aku ingat yang dekat situ ada tujuh telaga tapi rupa-rupanya sangkaan aku meleset sama sekali . Rupa-rupanya tujuh telaga itu sebenarnya adalah tujuh air terjun . Nak tengok air terjun tu semua , first kene mendaki bukit yang bapak dia tinggi giler or mendaki tangga yang super banyak . Pada hari kejadiaan , aku sebenarnya telah memakai kasut tumit tinggi dan skirt labuh . Ada ke patut outfit aku nak mendaki macam tu , memang tak patut tapi dengan semangat juang yang tinggi , aku telah membeli sepasang selipar baru . Pandai kau nak ambik duit aku kan . haha . Tapi akhirnya kami tak berjaya sampai ke air terjun yang pertama pun dan mana mungkin juga kami nak sampai ke air terjun yang ketujuh . Mustahil sama sekali . 



Kami hanya berjaya mendaki hanya sampai disini sahaja . 


Betapa susah payahnya kami nak mendaki . Danish je semangat lebih . 


Malahan aku , Danish dan kakak aku juga sempat bergambar .


Jadilah buat bahan aku nak tunjuk dekat orang yang aku pernah sampai sini walaupun menyerah kalah 

Setelah mengambil keputusan untuk mengangkat bendera putih , kami pun bergerak pula ke Pantai Tanjung Rhu . Memang dekat sama super ohsem . Sebenarnya rancangan kami hanyalah untuk melihat keindahan pantai sahaja . Dalam masa yang sama danish sempat bermain pasir dengan anak orang Thailand mana entah. Friendly sungguh dia . haha . Setelah itu kami pun menyewa bot untuk pusing-pusing pulau yang berada disekeliling itu . Kami juga berpeluang melihat burung helang dengan lebih dekat serta dapat berkunjung ke restoren atas laut . Sumpah aku bukan seorang manusia yang berani untuk menaiki bot . Dalam bot tu , mulut aku yang paling bising dan yang paling best sekali sampai basah lenjun kami di dalam bot kerana hujan tersangatlah lebat . 




Ni semasa berada di Restoren atas laut . Ada pertunjukkan ikan .


Muka cuak part 1 dari aku * Danish steady je . Apalah mak su . haha


Muka cuak part 2 . Aku hanya mampu mengembungkan pipi sahaja . haha .

Setelah itu kami berkunjung pula ke Padang Mat Sirat yang terletaknya Kawasan Beras Terbakar . Aku yang excited sebenarnya nak pergi sana . Beria2 ajak pergi sebab nak tengok beras terbakar semangkuk . wakaka .


Inilah Beras Terbakar 


Danish adakah kamu seorang mata duitan ? haha


Setelah itu kami pun pulang semula ke hotel . Get ready pulak untuk mandi laut time . Hoorayyyy , part ni paling aku suka .


Mandi laut dengan memakai tudung bawal .

Seterusnya , lepas maghrib pula kami pun keluar untuk lepaking di Dataran Lang . Tapi malangnya pada hari itu , Dataran Lang gelap gulita sampai helang yang besar kedabak tu pun aku tak nampak . Nampak sangat tak suka dengan kehadiran aku . Disebabkan kegelapan itu , kami pun pulang awal dan seterusnya bersiar2 di sekitar Chenang sahaja . Chenang memang meriah pada waktu malam . Aku suka dengan suasana dekat sana . Semua bangsa ada . 1 Malaysia sangat . haha . Tengah berjalan2 tu , tetiba perut aku memberi amaran menandakan aku lapar dan aku pun terus ke KFC Chenang Mall untuk membeli Zinger Burger Set Okey . haha


Pulang dan terus tidur . 

Day 3 ( 11 November , Isnin )

Lepas check out , kami terus ke pekan kuah untuk membeli barangan wajib iaitu coklat . Mula2 kami menjengah ke Idaman suri , memang aku cakap lah . barang dekat situ boleh tahan murah dia . Pinggan mangkuk dia kalau makcik2 tu nampak harga dia , mesti dorang nak borong satu kedai . Memang berpatutan sangat harga dia . Lepas dah shopping di situ kami terus pula ke Kompleks Haji Ismail Group . Dahsyat kau dah ada kompleks gitu . Bangga iollss . haha . Haji Ismail Group pun boleh tahan harga dia .  Dah settle2 beli terus gerak pergi jeti , beli tiket feri untuk balik and then naik feri pukul 3.00 petang and sampai Kuala Perlis pukul 4 petang macam tu . Ambik kete dekat park terus gerak balik Perak . Sumpah aku penat giler tapi best . Aku rasa nak pergi lagi. 

Memang trip ke Langkawi kali ni tak banyak tempat yang aku pergi sebab sebelum ni pun kami pernah ke Langkawi so banyak tempat yang kami dah pernah jengah . So tak payah pergi dah . haha . 

Okey lah , aku rasa macam panjang sangat cerita aku kali ni . Aku rasa merapu yang banyak sebenarnya . Harap sudi ler membaca yakk cerita cuti-cuti Malaysia aku ni . bubye dan Wassalam :)












Perancangan Allah

Assalammualaikum ,

Kadang2 kita selalu menyalahkan takdir dengan apa yang dah terjadi dalam hidup kita. Sampai ada yang mempertikaikan dengan apa yang terjadi dalam hidup dia sekarang . Tapi sebenarnya kita tak sedar , takdir tu sebenarnya sesuatu perkara yang Allah dah tetapkan yang paling terbaik untuk hidup kita . Kita tak nampak sekarang maybe kemudian hari kita akan nampak semua tu . Macam aku , macam2 dah berlaku dalam hidup aku sampai ada yang buat aku down terus , sampai buat aku rasa yang hidup aku ni tak bermakna langsung . Tapi Alhamdulillah aku mampu sedar semula dengan semua tu . Aku tak pernah menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku pada aku saat ini . Aku rasa kalau benda2 ni tak berlaku maybe aku tak mampu nak jadi perempuan yang lebih kuat or perempuan yang lebih matang dari sebelum ini . Kadang2 aku terfikir , mungkin ada hikmah Allah dengan semua yang terjadi sekarang ni . Allah nak tunjuk dekat aku bahawa Dia sentiasa ada untuk hamba2Nya . Aku sedar selama ini aku terleka dengan benda2 yang me'laqho'kan aku . Aku sedar yang aku dah semakin jauh dariNya . Allah nak tunjukkan betapa besar kekuasaanNya . Aku tahu Allah sayangkan aku dan sebab tu Allah tak nak selamanya aku terleka . Apa yang Allah rancang adalah yang terbaik untuk hamba2Nya . Allah adalah sebaik2 perancang . 


وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

Wassalam .

Monday, 28 October 2013

Counting Day

Assalammualaikum , 

 Kalau diikutkan memang takde masa untuk bersosial di internet sekarang ni tapi sebab perasaan rindu yang mendalam pada belog tercinta ku gagahkan juga diri ini untuk mengupdate . Salah satu sebab eyra berada disini adalah kerana berasa sedikit stress . Stress kenapa ? Stress sebab STPM semakin menghampiri . Tengah menghitung hari sekarang ni . Kalau diikutkan buka dan eyra memang tak boleh dipisahkan ibarat isi dan kuku . haha . Poyo sangat ayat nya . Diri sendiri pun rasa menyampah membacanya . 


Tak lama lagi sebenarnya nak STPM , lagi 9 hari Okeyyyyy !!! Sumpah takut . Memang sebelum ni dah 2 kali lalui STPM ni tapi tak tahu lah penggal 3 ni takut dia lebih lagi . Ya Allah , bantu lah hamba mu ini . Amiin . 

STPM penggal 3 dah dekat makna nya tak lama pun lagi eyra akan berada di SMK Clifford tercinta tu . Sumpah sedih nak tinggalkan zaman persekolahan yang super besh . Nanti rindu dengan cikgu2 , kawan2 yang super giler and macam2 lagi lar kenangan dekat sekolah tu . Korang plezz jangan lupa kan eyra erkk . Plezz jangan . 

Okey , ni je mampu cerita sebenarnya . Sebenar2nya takde idea Okey . Doakan eyra dalam STPM nanti erk . Lepas STPM insyaallah akan lebih rajin mengupdate . Insyaallah . Doakan eyra boleh jawab dengan tenang tanpa sebarang gangguan . Amiin . See you later Okey , muaahhhhh . Wassalam . :)





Friday, 4 October 2013

TUKANG BUAT AKU SENYUM

Assalammualaikum ,

setelah sekian lama menyepikan diri , akhirnya aku kembali . Poyo giler ayat aku . haha. Aku sangattttttttttttttt menrindui blog aku ini . Sekarang memang betul tak ada masa langsung nak buat apa pun , yang ada masa sekarang just belajar . Minggu depan dah start trial !!! Ahhhhh tidak . aku tak bersedia lagi . Lagi satu yang aku nak semua tahu , tak sampai sebulan je lagi aku pakai uniform sekolah . Ahhhh tidak , nanti aku rindu dekat tukang buat aku senyum . Lepas ni susah lah nak senyum balik . hmmm . 

Macam tajuk kat atas lah . Tukang buat aku senyum adalah member2 aku yang super giler macam aku . Takde dorang maybe aku tak sebahagia sekarang . Doranglah yang buat aku senyum balik selain family aku . Aku tak nak berpisah dengan dorang . Sumpah aku sayang MAI , ABBY , SHILA ngan AMA . Wei aku sayang korang sangat2 . Jangan tinggalkan aku .

Kitaorang kalau jumpa memang riuh lah kelas tu . Memang dah tak ingat orang lain dah . Kiterorang lah yang buat kelas uh ceria . *tibe2 rasa nak bangga diri . haha . 





inilah Tukang buat aku senyum tu .

sorang dah hilang . 

Kami dan kamera memang tak boleh dipisahkan


2 orang tu bajet nak jadi YB sangat . Harap2 tercapailah cita2 dorang tu . 


Sementara settle kan keje untuk pameran , kami bergambar dulu .

Nie lah pengarang jantung aku . Takde dorang tak tahu lah aku boleh jadi sekuat ni ker tak . Dorang semangat aku . Aku sayanggggggggg sangat2 kat korangggggggg . Muaaaaahhhhhhhhh . 

Okey lah , aku tetap sama .. tetap tak reti menulis lagi . Tetap merepek sama macam dulu . Harap dimaafkan . Saya Budak baru belajar katakan .

Bye-bye . Wassalam . 



Tuesday, 24 September 2013

LANDSKAP


Assalammualaikum , 

Dalam 2 minggu ni memang sibuk dengan landskap ni . Sampai tidur pun tak sempat , makan tak sempat , mandi tak sempat . haha . sume tak sempat lah . 

Cepatlah habis minggu ni , lepas ni memang tak payah pikir langsung pasal landskap ni . Lepas ni boleh kembali berjimba . haha . 

Harap2 pameran jumaat , sabtu , ahad ni berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan . Aku dah tak larat sangat2 ni . 

Okey2 , Gud Nite & Wassalam .

Saturday, 21 September 2013

Release Tension


Assalammualaikum 

Minggu nie memang teramat2 buzy dan tension amat dengan school life . Menyetelkan kerja landskap tapi dalam buzy2 uh tetap sempat untuk berjimba . Berjimba kemana ? Eyra dan family telah bersetuju untuk merelease kan tension ke Teluk Batik . Ohyeayyyyy , besh baqhang . Tengok gambo kat atas uh , laut kot . HAHA .

Pukul 9.30 pagi kami bergerak ke Teluk Batik dari rumah . Lambat tu padahal semalam uh beria2 semua lepas subuh nak gerak , janji melayu memang macam tu . haha . Sampai2 je baqhang ramai giler orang . 


 Betul kan ramai orang . Sebaik ada ruang lagi untuk kami mandi . 




Aktiviti pertama kami , membakar ayam . Sumpah sedap baqhang . Sebaik ada abang dan abang ipor tersayang sudi membakar utnuk kami , nak harapkan aku memang tak lah kan tapi kalau makan aku yang dulu . haha . 



Dah agak2 perut dah kenyang , kami pun memulakan misi untuk memandikan diri di laut yang terbentang cantik serba biru tapi air masin baqhang . 


Sumpah besh giler tapi malangnya aku mandi sekejap je , gara2 dibuli oleh my sister masa dalam laut .. aku dah trauma nak turun balik . haha


Nie lah orang yang paling lama berendam dalam laut . Diorang yang turun dulu , diorang lah yang paling last naik . Seronok habis bermandi-manda . 

Setelah selesei bermandi-manda , kami pun bersiap dan berkemas2 untuk pulang . Tapi sebelum balik lajak dulu ke Lumut . Sekejap je pun singgah , saja usha2 .

Dah setel ke Lumut kami pun balik , dalam perjalanan balik singgah sat kat Hutan Paya Bakau . Besh jugak kat situ . Ada jambatan gantung kot , jakun macam tak pernah naik . haha





Kejadian dikejar monyet , sume pakat cabut lari dah tak ingat apa dah . Sumpah lawak giler . haha , gara2 bawak makanan kat situ memang confirm2 lah kena kejar .


Bersama my anak sedara jihah . TIDAK aku gemuk .!! Satu yang aku tak suka kalau tangkap gambo dengan dia ni , mana aci dia lagi tinggi dari aku . TIDAK aku pendek .


Mak termenung jauh rindu kan arwah abah . Kami pun rindu kan abah jugak . 


Sebelum balik tu sempat snap satu dua gambo untuk buat kenangan nak citer dekat orang yang aku pernah datang sini . Tak lah kolot sangat sampai Hutan Paya Bakau pun tak pernah pegi . haha . Shawl aku jahanam sebab aku dah lama meninggalkan zaman shawl aku sebab sekarang aku adalah peminat tegar tudung bawal AidiJuma . Sempat mempromote tudung pulak . haha . 

Semua dah penat , kami pun pulang sebab rumah dah memanggil suruh balik . 

Tu je cerita aku dengan ayat tunggang langgang macam budak tak reti menulis . Saya budak baru belajar . Hepy sangat2 coz dapat lah jugak merelease kan tension dengan sekolah , esok kena sambung ke sekolah untuk menyetelkan kerja landskap . Hari ahad pun aku sekolah , rajin baqhang . haha . Untuk STPM apa pun boleh lah .

Okey , bantal dah memanggil menyuruh ku beradu . Gud nite and Assalammualaikum .






Thursday, 19 September 2013

NewBie

Assalammualaikum ,

Malu sebenarnya nak menulis coz memang takde apa2 pengalaman sebelum ni . Sekarang baru nak try berblog bagai untuk share macam2 cerita pasal my life , my school life dan sebagainya . Memang dah lama menyimpan angan2 untuk mempunyai blog sendiri lepas dok usha2 macam2 blog sebelum ni tapi malangnya tak reti nak buat . Blog nie wujud pun adalah atas bantuan kawan eyra , mirza yang tolong buatkan . Thank MIRZA . Sayang kamu sangat2 . haha . Mirza ni pun seorang blogger yang berjaya , dia pun ada blog sendiri . Jom lah ramai2 follow http://dorayakino.blogspot.com/ .

Dok seronok baru belajar nak menulis sampai lupa nak kenalkan diri . Nama saya Nor Hadhirah atau lebih mesra dengan panggilan eyra . Berasal dari Kuala Kangsar Bandar Diraja . Berumur 19 tahun dan masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar dalam aliran seni . I'M STPM CANDIDATE .

Okey2 , tak nak citer panjang lebar . Ayat pun dah merapu habis . Sebelum mengakhiri post hari ni , terimalah serangkap pantun dari saya :

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Bye2 , Wassalam .