Assalammualaikum ,
Baru-baru ni iaitu pada 9-11 November bersamaan dengan minggu exam (* tapi masa aku pergi tu aku takde paper lah) yang lepas aku telah cuti-cuti Malaysia ke Pulau Langkawi , Kedah Darul Aman . Aku telah pergi bersama dengan mak kesayangan aku , kakak kandung aku , abang ipaq aku and anak buah aku . Sumpah best sangat2 .
Day 1 ( 9 November , Sabtu )
Aku gerak dari rumah aku pada 10 pagi macam tu lah pada 9 haribulan tu ke Kuala Perlis and then sampai dalam pukul 4 petang lebih kurang . Sampai2 lepas abang ipaq aku park kereta dekat Kuala Perlis , kami pun terus menaiki feri pada jam 4.30 petang itu . Keadaan dekat jeti Kuala Perlis tu memang tak payah nak cakap , aku tak mampu nak berkata2 lepas tengok lautan manusia yang sumpah ramai ya amat .Memang time tu aku memang dah dekat dengan laut pun . haha . Yang aku tak fahamnya , belum musim cuti sekolah pun lagi yang orang berasak-asak nak pergi sekarang watpe , pergilah time cuti sekolah .. best sikit . *Chewahhh ayat nak aku sorang je boleh cuti-cuti Malaysia sangat . wakaka . Setelah bersusah payah aku merempuh onak duri untuk masuk ke dalam feri tu akhirnya aku berjaya jugak mendapat tempat aku iaitu di tingkat atas feri . Syookkk kOt , boleh tengok laut . Sifat keanak-anakkan aku mengalah sikap anak buah aku , Danish . haha .

Inilah berupa keadaan kami di dalam feri dengan berasak2 dengan beg kiri kanan depan belakang bawah atas . Okey pembohongan belaka . haha .
Pastu kami telah selamat sampai ke Jeti Pulau Langkawi dengan selamatnya . Sekali lagi aku merempuh onak berduri untuk keluar dari feri itu dengan secepat mungkin . Alhamdulillah aku berjaya melakukannya .
Ini adalah bukti bahawasanya aku telah menjejakkan kaki di bumi langkawi ini . haha
Aku sampai Langkawi dalam 5 lebih macam tu sebab feri dari Kuala Perlis mengambil masa sejam macam tu jugak lah . Lepas dah sampai tu , abang ipaq aku terus call orang kereta sewa dekat sana dan beliau pun berjaya mendapatkan kereta permintaannya * apa jenis kereta biarlah rahsia . wakaka . Lepas dah dapat kereta tu kami pun teruslah ke Chenang kerana hotel kami berada disana . Sampai hotel rasanya dah maghrib . Lepas dah mandi , solat semua kami pun bergegas keluar untuk pergi mentekadarah di Restoren Haji Jailani . * Tak tahu betul ke idok nama restoren tu . Sampai-sampai terus order . Makanan dah sampai kami pun melahap makanan itu dengan rakusnya macam orang yang dah setahun tak makan . haha . tapi hakikatnya memang betul kot yang kami tak makan dari tengah hari lagi .
Inilah makanan yang sumpah sedap giler yang aku rasa nak makan lagi . Tomyam paling sedap pernah aku makan .
Lepas dah settle makan , kami pun teruslah pulang ke hotel untuk beristirehat dan menambah tenaga untuk aktiviti keesokkan harinya .
Day 2 ( 10 November , Ahad )
Bangun pagi-pagi , siap-siap then terus keluar hotel untuk memulakan aktiviti selanjutnya . Sebelum pergi tu kami pun bersarapan dahulu di sebuah kedai yang aku tak ingat nama dia . What ever lah , asalkan perut aku kenyang . haha . Lepas dah mencekik tu , kami pun terus menuju ke Cable Car dekat Langkawi yang super pemes tu tapi yang kesiannya , aku hanya mampu melihat dari bawah sahaja kerana kami mempunyai keberaniaan yang cukup sikit . Lepas melepaskan hajat melihat cable car tersebut kami pun terus ke Telaga Tujuh Langkawi . Sebelum aku sampai tempat tu , aku ingat yang dekat situ ada tujuh telaga tapi rupa-rupanya sangkaan aku meleset sama sekali . Rupa-rupanya tujuh telaga itu sebenarnya adalah tujuh air terjun . Nak tengok air terjun tu semua , first kene mendaki bukit yang bapak dia tinggi giler or mendaki tangga yang super banyak . Pada hari kejadiaan , aku sebenarnya telah memakai kasut tumit tinggi dan skirt labuh . Ada ke patut outfit aku nak mendaki macam tu , memang tak patut tapi dengan semangat juang yang tinggi , aku telah membeli sepasang selipar baru . Pandai kau nak ambik duit aku kan . haha . Tapi akhirnya kami tak berjaya sampai ke air terjun yang pertama pun dan mana mungkin juga kami nak sampai ke air terjun yang ketujuh . Mustahil sama sekali .

Kami hanya berjaya mendaki hanya sampai disini sahaja .
Betapa susah payahnya kami nak mendaki . Danish je semangat lebih .
Malahan aku , Danish dan kakak aku juga sempat bergambar .
Jadilah buat bahan aku nak tunjuk dekat orang yang aku pernah sampai sini walaupun menyerah kalah
Setelah mengambil keputusan untuk mengangkat bendera putih , kami pun bergerak pula ke Pantai Tanjung Rhu . Memang dekat sama super ohsem . Sebenarnya rancangan kami hanyalah untuk melihat keindahan pantai sahaja . Dalam masa yang sama danish sempat bermain pasir dengan anak orang Thailand mana entah. Friendly sungguh dia . haha . Setelah itu kami pun menyewa bot untuk pusing-pusing pulau yang berada disekeliling itu . Kami juga berpeluang melihat burung helang dengan lebih dekat serta dapat berkunjung ke restoren atas laut . Sumpah aku bukan seorang manusia yang berani untuk menaiki bot . Dalam bot tu , mulut aku yang paling bising dan yang paling best sekali sampai basah lenjun kami di dalam bot kerana hujan tersangatlah lebat .
Ni semasa berada di Restoren atas laut . Ada pertunjukkan ikan .
Muka cuak part 1 dari aku * Danish steady je . Apalah mak su . haha
Muka cuak part 2 . Aku hanya mampu mengembungkan pipi sahaja . haha .
Setelah itu kami berkunjung pula ke Padang Mat Sirat yang terletaknya Kawasan Beras Terbakar . Aku yang excited sebenarnya nak pergi sana . Beria2 ajak pergi sebab nak tengok beras terbakar semangkuk . wakaka .
Inilah Beras Terbakar
Danish adakah kamu seorang mata duitan ? haha
Setelah itu kami pun pulang semula ke hotel . Get ready pulak untuk mandi laut time . Hoorayyyy , part ni paling aku suka .
Mandi laut dengan memakai tudung bawal .
Seterusnya , lepas maghrib pula kami pun keluar untuk lepaking di Dataran Lang . Tapi malangnya pada hari itu , Dataran Lang gelap gulita sampai helang yang besar kedabak tu pun aku tak nampak . Nampak sangat tak suka dengan kehadiran aku . Disebabkan kegelapan itu , kami pun pulang awal dan seterusnya bersiar2 di sekitar Chenang sahaja . Chenang memang meriah pada waktu malam . Aku suka dengan suasana dekat sana . Semua bangsa ada . 1 Malaysia sangat . haha . Tengah berjalan2 tu , tetiba perut aku memberi amaran menandakan aku lapar dan aku pun terus ke KFC Chenang Mall untuk membeli Zinger Burger Set Okey . haha
Pulang dan terus tidur .
Day 3 ( 11 November , Isnin )
Lepas check out , kami terus ke pekan kuah untuk membeli barangan wajib iaitu coklat . Mula2 kami menjengah ke Idaman suri , memang aku cakap lah . barang dekat situ boleh tahan murah dia . Pinggan mangkuk dia kalau makcik2 tu nampak harga dia , mesti dorang nak borong satu kedai . Memang berpatutan sangat harga dia . Lepas dah shopping di situ kami terus pula ke Kompleks Haji Ismail Group . Dahsyat kau dah ada kompleks gitu . Bangga iollss . haha . Haji Ismail Group pun boleh tahan harga dia . Dah settle2 beli terus gerak pergi jeti , beli tiket feri untuk balik and then naik feri pukul 3.00 petang and sampai Kuala Perlis pukul 4 petang macam tu . Ambik kete dekat park terus gerak balik Perak . Sumpah aku penat giler tapi best . Aku rasa nak pergi lagi.
Memang trip ke Langkawi kali ni tak banyak tempat yang aku pergi sebab sebelum ni pun kami pernah ke Langkawi so banyak tempat yang kami dah pernah jengah . So tak payah pergi dah . haha .
Okey lah , aku rasa macam panjang sangat cerita aku kali ni . Aku rasa merapu yang banyak sebenarnya . Harap sudi ler membaca yakk cerita cuti-cuti Malaysia aku ni . bubye dan Wassalam :)